Hobi mengumpul atau menyimpan duit syiling lama/aneh merupakan satu hobi yang sangat menarik. Bayangkan sekiranya anda menyimpan sejumlah duit syiling yang tidak dimiliki oleh orang lain dan sangat sukar untuk ditemui, pastinya anda menjadi tumpuan bukan sahaja orang yang berada di sekeliling anda malahan anda akan dicari oleh seluruh dunia semata-mata ingin melihat duit syiling lama yang anda miliki!!!
Walaupun pada mulanya anda tidak berniat untuk meraih populariti tetapi pada hakikatnya anda akan menjadi orang yang terkenal di serata dunia kerana memiliki duit syiling lama yang menyimpan sejarah tersendiri itu. Ramai juga di antara para pengumpul duit aneh yang sanggup berkorban apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan syiling lama ataupun matawang yang mereka idam-idamkan sekian lama, mereka sanggup menawarkan harga yang tinggi bagi mendapatkan sesuatu yang menarik dan unik yang terdapat pada duit tersebut. Bagi mereka itu bukan sesuatu yang membazir kerana mereka membelanjakan duit untuk mendapatkan duit. Syiling lama maupun matawang lama yang aneh mempunyai nilai yang tak terhingga jika dinilai dari segi sumbangan sejarah. Nilai duit syiling lama bukan terletak pada not yang tercetak padanya, harus mengambil kira sumbangannya selama mana ia digunakan. Hobi ini juga boleh mendidik sifat menabung, apabila anda mendapat duit syiling tidak kira sama ada baru ataupun lama anda seharusnya menyimpannya terlebih dahulu. Apabila telah sampai di rumah bolehlah anda memeriksa duit syiling tersebut sekiranya terdapat ciri-ciri aneh yang menarik untuk dijadikan koleksi.. Setidak-tidaknya anda boleh simpan duit syiling tersebut dalam kereta untuk kegunaan saat-saat kecemasan akan datang. Saya perhatikan ramai sahabat-handai dan saudara-mara saya yang tidak menghargai duit syiling. Mereka kata "eleh, duit syiling lama. Dah tak boleh pakai dah tu." Saya tercengang mendengar jawapan tersebut..
Kita tidak seharusnya membiarkan ia bersepah dan berkubur di perut bumi walaupun ia sekadar duit syiling. Lama atau baru, 10 sen atau 1 sen sekalipun ianya tetap mempunyai nilai dan harga beli. Bayangkan anda ingin membeli sebuah set televisyen yang berharga RM 880.00, dalam simpanan anda hanya mempunyai RM 879.95. Jurujual tersebut pula tidak mahu menurunkan harga set televisyen tersebut kerana "tiada untung, itu sudah harga mati" katanya, pastinya anda akan terari-cari duit syiling 5 sen yang anda simpan entah di mana tadi. Apatah lagi pada masa sekarang ini banyak urusniaga yang melibatkan duit syiling, masuk tandas buang air guna duit syiling, bayaran untuk letak kereta juga duit syiling, menggunakan telefon awam harus ada duit syiling malahan membeli belah di mana-mana pasaraya juga melibatkan duit syiling. Apabila tiba giliran kita untuk membayar Jurujual pasti bertanya "awak ada duit syiling? Lama juga kita terseluk-seluk dan meraba-raba kocek mencari duit syiling... ☻
DUIT SYILING LAMA - ½ ,1 , 1½ , 5 , 10 , 20 , 50 SEN DAN 1 RINGGIT | RM1
HOBI MENGUMPUL DUIT SYILING LAMA MERUPAKAN SATU HOBI YANG SANGAT UNIK DAN MENCABAR. HOBI INI MEMERLUKAN KESABARAN, KETELITIAN, KEPAKARAN DAN PENGETAHUAN TENTANG SEJARAH EKONOMI MASA LAMPAU SERTA BANYAK LAGI KRITERIA YANG PERLU DIPENUHI. ANTARA DUIT SYILING LAMA YANG MENJADI BURUAN PARA PENGGEMAR DUIT SYILING IALAH SYILING YANG BERNILAI ½ SEN (SETENGAH SEN), 1½ SEN (SATU SETENGAH SEN), 1 SEN, 5 SEN, 10 SEN, 20 SEN, 50 SEN DAN 1 RINGGIT (RM1).. SELAMAT BERHOBI SAMBIL MENABUNG ☺