Saturday, July 3, 2010

DUIT SYILING LAMA YANG SEMAKIN DILUPAKAN.

Hobi mengumpul atau menyimpan duit syiling lama/aneh merupakan satu hobi yang sangat menarik. Bayangkan sekiranya anda menyimpan sejumlah duit syiling yang tidak dimiliki oleh orang lain dan sangat sukar untuk ditemui, pastinya anda menjadi tumpuan bukan sahaja orang yang berada di sekeliling anda malahan anda akan dicari oleh seluruh dunia semata-mata ingin melihat duit syiling lama yang anda miliki!!!
Walaupun pada mulanya anda tidak berniat untuk meraih populariti tetapi pada hakikatnya anda akan menjadi orang yang terkenal di serata dunia kerana memiliki duit syiling lama yang menyimpan sejarah tersendiri itu. Ramai juga di antara para pengumpul duit aneh yang sanggup berkorban apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan syiling lama ataupun matawang yang mereka idam-idamkan sekian lama, mereka sanggup menawarkan harga yang tinggi bagi mendapatkan sesuatu yang menarik dan unik yang terdapat pada duit tersebut. Bagi mereka itu bukan sesuatu yang membazir kerana mereka membelanjakan duit untuk mendapatkan duit. Syiling lama maupun matawang lama yang aneh mempunyai nilai yang tak terhingga jika dinilai dari segi sumbangan sejarah. Nilai duit syiling lama bukan terletak pada not yang tercetak padanya, harus mengambil kira sumbangannya selama mana ia digunakan. Hobi ini juga boleh mendidik sifat menabung, apabila anda mendapat duit syiling tidak kira sama ada baru ataupun lama anda seharusnya menyimpannya terlebih dahulu. Apabila telah sampai di rumah bolehlah anda memeriksa duit syiling tersebut sekiranya terdapat ciri-ciri aneh yang menarik untuk dijadikan koleksi.. Setidak-tidaknya anda boleh simpan duit syiling tersebut dalam kereta untuk kegunaan saat-saat kecemasan akan datang. Saya perhatikan ramai sahabat-handai dan saudara-mara saya yang tidak menghargai duit syiling. Mereka kata "eleh, duit syiling lama. Dah tak boleh pakai dah tu." Saya tercengang mendengar jawapan tersebut..
Kita tidak seharusnya membiarkan ia bersepah dan berkubur di perut bumi walaupun ia sekadar duit syiling. Lama atau baru, 10 sen atau 1 sen sekalipun ianya tetap mempunyai nilai dan harga beli. Bayangkan anda ingin membeli sebuah set televisyen yang berharga RM 880.00, dalam simpanan anda hanya mempunyai RM 879.95. Jurujual tersebut pula tidak mahu menurunkan harga set televisyen tersebut kerana "tiada untung, itu sudah harga mati" katanya, pastinya anda akan terari-cari duit syiling 5 sen yang anda simpan entah di mana tadi. Apatah lagi pada masa sekarang ini banyak urusniaga yang melibatkan duit syiling, masuk tandas buang air guna duit syiling, bayaran untuk letak kereta juga duit syiling, menggunakan telefon awam harus ada duit syiling malahan membeli belah di mana-mana pasaraya juga melibatkan duit syiling. Apabila tiba giliran kita untuk membayar Jurujual pasti bertanya "awak ada duit syiling? Lama juga kita terseluk-seluk dan meraba-raba kocek mencari duit syiling...

12 comments:

  1. Salam... saya nak tanya, duit setengah sen berapa harga awak jual?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2 awk sanggup brape,dikluarkan pd thun 1940,

      Delete
  2. Sy ade duit setengah sen..call me for price 0126808449

    ReplyDelete
  3. Duet syiling spanyol ada tulis
    D.G HISPAN ET IND REX
    1881 pn sy ada leh kol 012 4950069

    ReplyDelete
  4. Asslm..saya nk tanya ..saya ada duit setengah sen tahun 1940..jadi sya nk jual ..brapa harga yang awak boleh ambil ? Nnti sms sya yerr...0199382000

    ReplyDelete
  5. Sy nak jual duit lame sy 1945 1940 dan 1808 PM sy 01133053340

    ReplyDelete
  6. Sy nak jual duit lame sy 1808 1940 1945 PM sy 011 33053340

    ReplyDelete
  7. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - JTM Hub
    Harrah's Cherokee Casino & 계룡 출장마사지 Hotel. 777 울산광역 출장샵 Casino 양산 출장샵 Center Dr, Cherokee, NC, 28719. 대구광역 출장샵 Rates from $29.99. 용인 출장샵

    ReplyDelete